mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Lifelong Learning : Mahir Pertanian Pintar (Minggu 4) | Pengurusan Kawalan Serangga Perosak

Tarikh   : 05 Februari 2026

Masa    : 3.00 – 4.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Objektifnya adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam pengurusan pertanian pintar melalui program ini dengan fokus kepada kawalan serangga perosak secara berkesan dan berperingkat.

Aktiviti

Program ini telah dilaksanakan dengan pengisian berfokus kepada pengenalan jenis-jenis serangga perosak, kaedah pencegahan, serta teknik kawalan yang sesuai bagi mengurangkan risiko kerosakan tanaman. Sepanjang sesi, peserta dibimbing melalui penerangan konsep, perkongsian amalan terbaik serta contoh aplikasi kawalan perosak yang selamat dan lestari. Melalui program ini, peserta dapat meningkatkan keupayaan mengurus tanaman dengan lebih sistematik, memastikan hasil pertanian yang berkualiti, serta mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam aktiviti pertanian harian.

Gambar di sini