Tarikh : 23, 24 & 25 September 2025
Masa : 9.30 – 11.00am | 3.00 – 4.30pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Sesi ini menekankan cara pemasangan Smart Watering Device melalui aplikasi serta langkah menghubungkannya ke WiFi router bagi memudahkan kawalan penyiraman tanaman secara automatik.
Aktiviti
Sepanjang sesi ini, peserta berpeluang memahami fungsi sistem pintar ini, belajar teknik pemasangan yang betul, serta mengenali kelebihan penggunaan teknologi IoT dalam meningkatkan kecekapan pertanian. Kelebihan yang diperoleh bukan sahaja menjimatkan masa dan tenaga, malah membantu memastikan tanaman mendapat penjagaan yang lebih konsisten dan optimum.