Tarikh : 28 Februari 2026
Masa : 9.30 – 10.30 pagi
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektifnya adalah untuk mengimarahkan bulan Ramadan dengan menggalakkan penghayatan dan amalan ibadah melalui pembacaan Al-Quran secara berterusan dalam suasana pembelajaran yang harmoni dan berfokus.
Aktiviti
Program ini telah dilaksanakan sempena bulan yang penuh keberkatan dengan pengisian sesi bacaan Al-Quran serta Majlis Khatam Al-Quran yang dibimbing oleh Ustaz Azam Din. Melalui program ini, peserta berpeluang memperbaiki bacaan Al-Quran, meningkatkan kefahaman serta penghayatan terhadap ayat-ayat suci, dan seterusnya memupuk semangat kebersamaan dalam menghidupkan Ramadan dengan amalan yang memberi ketenangan rohani dan keberkatan berpanjangan.