mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Lifelong Learning – Mahir Short Learning Series : MAHIR Masak – Rasa Warisan Nyonya Asli bersama Chef Florence Tan

Tarikh   : 14 Jun 2025

Masa    : 12.00 – 2.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Program ini bertujuan untuk memupuk minat dalam bidang kulinari tradisional serta memperkenalkan keunikan masakan warisan Nyonya kepada masyarakat umum, terutamanya generasi muda.

Aktiviti

Sepanjang sesi, peserta mempelajari teknik asas dan tradisional dalam penyediaan hidangan Nyonya, lengkap dengan tips memilih bahan segar bagi mengekalkan rasa autentik. Chef Florence turut berkongsi idea penyediaan hidangan yang bukan sahaja sesuai untuk keluarga, malah berpotensi sebagai produk jualan premium. Diharapkan program ini bukan sahaja memperkayakan kemahiran peserta dalam bidang masakan, tetapi juga menjadi usaha berterusan dalam melestarikan warisan kulinari tempatan.

Gambar di sini