mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Lifelong Learning : Nurture (DiLea) – Ogos 2025 (Tingkatan 4)

Tarikh   : 10 Ogos 2025

Masa    : 3.30 – 4.30pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Program ini dilaksanakan dengan objektif utama memberi pendedahan, bimbingan serta pemahaman yang lebih mendalam agar pelajar lebih yakin dalam menghadapi tugasan dan peperiksaan yang mendatang. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membantu pelajar memahami kehendak soalan, merancang isi secara berkesan, dan membina perenggan dengan tepat dan mantap.

Aktiviti

Sepanjang sesi, pelajar didedahkan dengan penerangan yang mudah difahami, latihan berfokus serta strategi penyelesaian soalan yang lebih efektif. Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan kefahaman konsep Matematik, dan Bahasa Melayu malah memberi peluang kepada pelajar untuk mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Selain sesi penerangan yang jelas dan mudah difahami, peserta juga berpeluang membuat latihan secara langsung, sekali gus mengukuhkan penguasaan teknik penulisan yang diperlukan dalam peperiksaan sebenar. Program ini bukan sahaja bermanfaat untuk ulang kaji, malah memberi keyakinan kepada pelajar untuk menghadapi bahagian penulisan dengan lebih bersedia.

Gambar di sini