Tarikh : 09 Ogos 2025
Masa : 2.15 – 4.30pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Sesi ini memberi ruang kepada peserta untuk memperkukuh penguasaan topik penting, memahami konsep secara lebih mendalam, serta mempelajari teknik menjawab soalan dengan lebih berkesan.
Aktiviti
Melalui perkongsian interaktif bersama tenaga pengajar, para pelajar bukan sahaja mendalami isi kandungan Sejarah dan Matematik, malah turut memperoleh pelbagai tips serta strategi yang dapat meningkatkan keyakinan diri mereka. Ilmu yang dikongsi sepanjang program ini diharap dapat menjadi panduan berguna dan motivasi tambahan buat semua peserta dalam menghadapi peperiksaan SPM yang bakal tiba.