Tarikh : 01 Julai 2025
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan dan bimbingan pantas kepada calon SPM, khususnya dalam meningkatkan kemahiran penulisan bahasa Inggeris bahagian esei berdasarkan format terkini kertas peperiksaan.
Aktiviti
Sepanjang sesi, pelajar didedahkan kepada strategi menjawab soalan dengan lebih berkesan, struktur penulisan yang mantap serta tips penting yang boleh digunakan semasa peperiksaan sebenar. Program ini telah memberi manfaat besar kepada para peserta sebagai persediaan menjelang ujian percubaan dan SPM sebenar.