Tarikh : 02 Julai 2025
Masa : 10.00 – 11.00am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektif utama sesi ini adalah untuk memperkasa para usahawan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) sebagai alat bantu mencipta kandungan yang menarik, efisien, dan berimpak tinggi bagi pemasaran digital.
Aktiviti
Sepanjang sesi, peserta telah diterangkan tentang cara-cara mengintegrasikan AI dalam proses penciptaan kandungan termasuk penulisan salinan iklan, penghasilan visual kreatif, dan perancangan strategi media sosial secara pintar. Pendekatan ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah meningkatkan daya saing perniagaan di pasaran digital yang sentiasa berubah.