Tarikh : 15 Julai 2025
Masa : 10.00 – 11.00 pagi
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Program ini diadakan bertujuan untuk membantu para usahawan memahami dan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam strategi pemasaran mereka.
Aktiviti
Sepanjang sesi, peserta bukan sahaja didedahkan kepada pelbagai aplikasi AI untuk mencipta kandungan digital yang menarik, malah turut diajar cara menghasilkan prompt yang berkesan serta menggunakan platform ChatGPT bagi menjana idea, menulis teks pemasaran, dan menghasilkan kandungan media sosial dengan lebih mudah dan cepat. Program ini telah membuka mata para peserta tentang potensi besar AI dalam memperkasa perniagaan kecil dan sederhana.