mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Lifelong Learning : Nuture – e-Kelas Usahawan : Asas Komunikasi Visual

Tarikh   : 16 Julai 2025

Masa    : 2.00 – 3.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Objektif utama webinar ini adalah untuk membantu peserta memahami bagaimana elemen visual seperti warna, tipografi, susun atur dan imej mampu menarik perhatian pelanggan serta menyampaikan mesej perniagaan dengan lebih berkesan.

Aktiviti

Sepanjang sesi, para peserta telah didedahkan kepada teknik dan prinsip asas dalam mereka bentuk bahan visual yang menarik dan konsisten dengan identiti jenama, walaupun tanpa latar belakang reka bentuk profesional. Webinar ini memberikan nilai tambah yang besar, terutamanya kepada usahawan mikro dan kecil yang ingin menghasilkan kandungan visual sendiri untuk media sosial dan platform digital perniagaan.

Gambar di sini