mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Lifelong Learning : (Nuture) eKelas Usahawan – Webinar Pemasaran Digital (Mengurus dan Mengukur Keberkesanan Pemasaran Digital)

Tarikh   : 23 September 2025

Masa    : 2.00 – 4.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memperkasakan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran penting dalam menilai keberkesanan kempen digital agar setiap usaha pemasaran lebih tersusun dan berimpak tinggi.

Aktiviti

Melalui webinar ini, para usahawan dan peserta berpeluang mempelajari teknik terkini serta alat yang efektif untuk meningkatkan prestasi pemasaran dalam perniagaan mereka secara dalam talian. Kelebihan ini membolehkan peserta membuat keputusan pemasaran yang lebih tepat dan berasaskan data, seterusnya memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran digital yang semakin kompetitif. Terima kasih kepada semua yang telah menyertai, semoga ilmu yang diperoleh dapat membantu anda maju dan berkembang dalam dunia keusahawanan digital!

Gambar di sini