Tarikh : 27 Mei 2025
Masa : 10.00 – 11.00 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektif utama sesi ini adalah untuk membantu usahawan memahami teknik merancang dan melaksanakan strategi pemasaran yang lebih tersusun, berfokus, dan berimpak tinggi.
Aktiviti
Webinar ini telah berjaya memperkasakan para peserta dengan pengetahuan penting berkaitan Strategi Pemasaran Digital, khususnya dalam menghadapi cabaran pasaran masa kini yang semakin kompetitif.
Antara kelebihan yang diperoleh peserta termasuklah pemahaman mendalam tentang customer journey, teknik pemasaran berasaskan data, penggunaan saluran digital secara maksimum, serta cara membina kempen promosi yang mampu menarik dan mengekalkan pelanggan. Program ini juga membuka ruang kepada usahawan untuk menilai keberkesanan pemasaran mereka dan menyesuaikannya mengikut trend semasa.
Syabas kepada semua peserta yang telah mengambil peluang ini untuk meningkatkan kemahiran digital masing-masing! Teruskan bersama NADI dalam usaha menjadikan ilmu pemasaran sebagai senjata utama kejayaan perniagaan anda.