Tarikh : 09 Ogos 2025
Masa : 10.00 – 12.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Dianjurkan dengan objektif untuk memperkenalkan peserta kepada kit robotik yang akan digunakan dalam sesi pembelajaran dan aktiviti robotik seterusnya. Bengkel ini penting kerana ia memberi pendedahan awal kepada peserta untuk memahami fungsi setiap komponen, cara pemasangan, serta asas penggunaan kit tersebut.
Aktiviti
Peserta mendapat kelebihan dengan meningkatkan pengetahuan teknikal, kemahiran hands-on, serta keyakinan untuk mengaplikasikan kreativiti dalam membina dan mengatur gerakan robot. Selain itu, pengalaman ini turut mendorong minat pelajar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) yang semakin relevan pada masa kini. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terlibat. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat menjadi pemangkin untuk terus maju dan bersedia menghadapi cabaran dalam dunia teknologi.