Tarikh : 20 Jun 2025
Masa : 10.30 – 11.00 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah
Tujuan
Sesi ini bertujuan untuk menyemai minat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) khususnya dalam aspek robotik di kalangan peserta muda.
Aktiviti
Bersama Pak Cik Lan yang sarat dengan pengalaman dan inspirasi, peserta diberi pendedahan tentang potensi besar bidang robotik dalam kehidupan seharian dan masa depan negara, serta bagaimana mereka boleh menjadi sebahagian daripada gelombang perubahan ini walaupun bermula dari rumah.
Kelebihan sesi ini ialah penyampaian santai tetapi penuh informasi, kisah sebenar yang membangkitkan motivasi, serta peluang untuk peserta bertanya soalan secara langsung. Ia juga membuka mata peserta tentang laluan kerjaya dalam bidang teknologi dan pentingnya penguasaan STEM sejak usia muda.