Tarikh : 22-23 September 2025
Masa : 3.00 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta tentang kepentingan keselamatan siber serta peranan individu sebagai “human firewall” dalam melindungi data dan maklumat.
Aktiviti
Sepanjang sesi ini, peserta didedahkan kepada pelbagai bentuk ancaman siber, teknik manipulasi yang sering digunakan oleh penyerang, serta langkah pencegahan yang praktikal untuk diamalkan. Kelebihan utama program ini adalah memberi pengetahuan yang relevan dan terkini, sekaligus membantu peserta lebih peka dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan digital dalam urusan harian dan perniagaan.