Tarikh : 18 Ogos 2025
Masa : 3.00 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Webinar ini bertujuan membantu peserta memahami konsep Dark Web, mengenal pasti ancaman jenayah siber terancang (OCG) yang beroperasi di ruang siber, serta mempelajari langkah-langkah penting untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah siber.
Aktiviti
Selain sesi teori, peserta juga berpeluang menyaksikan live demo yang membezakan fakta dan mitos berkaitan Dark Web, memberikan gambaran jelas dan praktikal. Impak positif kepada peserta ialah dapat pemahaman lebih jelas mengenai bahaya sebenar jenayah siber, serta kemahiran praktikal dalam meningkatkan keselamatan digital melalui strategi pencegahan yang disampaikan. Ilmu ini membantu mereka lebih bersedia dan yakin menggunakan teknologi secara selamat dan bertanggungjawab, sekaligus melindungi diri dan keluarga dari risiko dunia siber yang semakin canggih.
Terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai webinar ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat diamalkan dan terus dipertingkatkan agar kita semua kekal “Kenali, Waspada & Lindungi Diri di Alam Digital.”