Tarikh : 20 Jun 2025
Masa : 3.30 – 5.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Ibu Bapa / Penjaga
Tujuan
Webinar ini bertujuan untuk membongkar realiti di sebalik permainan online yang semakin digemari oleh anak-anak, tetapi sering disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan manipulasi dan eksploitasi.
Aktiviti
Sepanjang sesi, peserta didedahkan dengan bahaya tersembunyi seperti permainan seram “Charlie-Charlie” yang dilihat remeh tetapi sebenarnya boleh menjadi pintu masuk kepada unsur negatif. Turut dibincangkan adalah bagaimana permainan biasa boleh digunakan sebagai umpan untuk mendekati dan mempengaruhi anak-anak secara halus. Sesi ini memberi pelbagai panduan penting kepada ibu bapa dan penjaga tentang langkah perlindungan siber, penetapan kawalan digital, serta tanda-tanda awal anak mungkin menjadi sasaran ancaman online.