mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Lifelong Learning – Webinar Cybersecurity : Permulaan Di Universiti, Masa Depan Di Siber Sekuriti

Tarikh   : 06 November 2025

Masa    : 3.00 – 4.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah

Tujuan

Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah menengah mengenai bidang Keselamatan Siber (Cybersecurity) serta membantu mereka memahami asas, peluang dan cabaran dalam dunia digital yang semakin pesat berkembang. Ia juga bertujuan memupuk minat pelajar terhadap bidang teknologi keselamatan maklumat dan membimbing mereka mengenal pasti laluan kerjaya masa depan yang berpotensi.

Aktiviti

Melalui sesi bertajuk “Permulaan di Universiti, Masa Depan dalam Bidang Siber Sekuriti”, peserta diperkenalkan kepada laluan kerjaya dari Tingkatan 1 hingga 5, termasuk peranan white hat hacker dan black hat hacker. Penceramah iaitu Encik Izzat turut berkongsi ilmu tentang tanggungjawab etika digital, kepentingan keselamatan maklumat, serta peluang pendidikan tinggi dalam bidang keselamatan siber.

Gambar di sini