Tarikh : 23 September 2025
Masa : 10.00 – 11.00 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektif utama program ini adalah memberi pendedahan kepada peserta tentang cara berbelanja secara selamat di platform digital serta memahami risiko keselamatan yang wujud dalam transaksi atas talian.
Aktiviti
Sepanjang sesi ini, peserta mempelajari amalan terbaik untuk melindungi maklumat peribadi, mengenal pasti laman web palsu, serta menggunakan kaedah pembayaran yang lebih selamat. Kelebihan program ini bukan sahaja meningkatkan tahap kesedaran terhadap ancaman siber, malah membolehkan peserta mengamalkan langkah pencegahan yang praktikal setiap kali melakukan pembelian secara digital.