Tarikh : 18 Oktober 2025
Masa : 3.00 – 4.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Telah dilaksanakan dengan objektif untuk meningkatkan kesedaran peserta terhadap isu keselamatan digital serta cabaran teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam era maklumat masa kini. Program ini turut bertujuan memberi pendedahan tentang fenomena deepfake yang semakin meluas dan kesannya terhadap kepercayaan masyarakat terhadap maklumat dalam talian.
Aktiviti
Sepanjang sesi, Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib berkongsi penjelasan mendalam tentang bagaimana teknologi deepfake berfungsi, tanda-tanda untuk mengenal pasti video yang telah dimanipulasi, serta langkah-langkah kawalan dan etika penggunaan AI. Peserta juga didedahkan kepada kepentingan berwaspada ketika berkongsi atau mempercayai kandungan digital di media sosial.