Tarikh : 20-24 April 2025
Masa : 3.30 – 4.30 PM
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Program NADI X Nurture – DiLea April 2025 memberi fokus kepada pelajar Tingkatan 4 dengan tujuan untuk memperkukuhkan penguasaan mereka dalam subjek-subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Aktiviti
Program ini dijalankan secara dalam talian menerusi platform DiLea dengan pendekatan pembelajaran interaktif yang membolehkan pelajar mendapat bimbingan berterusan daripada mentor yang berpengalaman.
Melalui sesi yang diadakan empat kali seminggu, peserta didedahkan kepada teknik menjawab soalan peperiksaan, pengukuhan konsep asas, serta kaedah pembelajaran efektif untuk meningkatkan prestasi akademik. Dengan pelaksanaan program ini, pelajar bukan sahaja dapat mempersiapkan diri lebih awal untuk menghadapi peperiksaan penting, malah membina keyakinan diri dalam menguasai pelajaran.
Program ini diharap menjadi loncatan awal untuk kecemerlangan akademik peserta menjelang peperiksaan besar yang akan datang.