Tarikh : 20-24 April 2025
Masa : 3.30 – 4.30 PM
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Program ini bertujuan memperkukuhkan penguasaan konsep asas, memperbaiki teknik menjawab soalan, serta meningkatkan keyakinan pelajar dalam menduduki peperiksaan.
Aktiviti
Program NADI X Nurture – DiLea April 2025 untuk pelajar Tingkatan 5 dirancang khusus bagi membantu mereka membuat persediaan awal menghadapi peperiksaan besar seperti SPM. Melalui platform DiLea, peserta mengikuti kelas dalam talian sebanyak empat kali seminggu, dengan tumpuan kepada subjek-subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sejarah.
Pendekatan pembelajaran yang fleksibel dan interaktif membolehkan pelajar mendapat bimbingan lebih berkesan daripada mentor berpengalaman. Dengan penyertaan dalam program ini, pelajar diharap mampu mencapai peningkatan prestasi akademik secara konsisten dan membina asas kukuh untuk kecemerlangan dalam peperiksaan sebenar.