Tarikh : 06 -12 Oktober 2025
Masa : 5.00 – 6.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Objektif utama program ini adalah untuk memperkukuh penguasaan bahasa sebagai persediaan menghadapi peperiksaan serta membina keyakinan diri dalam penggunaan bahasa Inggeris seharian.
Aktiviti
Melalui sesi pembelajaran ini, pelajar mendapat pendedahan kepada teknik menjawab soalan dengan lebih berkesan, strategi penulisan yang teratur, serta penguasaan kosa kata yang lebih luas. Kelebihan ini bukan sahaja membantu mereka dalam pencapaian akademik, tetapi juga memberi nilai tambah untuk kegunaan masa hadapan dalam dunia pengajian tinggi dan kerjaya.