mcmc
Laporan Aktiviti

(NADI X Nurture) DiLea : English Proficiency – Pelajar Tingkatan 4 & 5 (Siri 3)

Tarikh   : 11 April 2025

Masa    : 3.00 – 4.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Sesi kali ini menekankan kepada aspek penulisan dan perbendaharaan kata, di mana pelajar didedahkan kepada struktur ayat yang betul serta penggunaan frasa yang tepat dalam konteks akademik dan harian.

Aktiviti

Program English Proficiency Siri 3 di bawah inisiatif NADI X Nurture melalui platform DiLea diteruskan dengan pengisian yang memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 dan 5.

Program ini dijalankan secara dalam talian dan eksklusif untuk peserta khas DiLea, sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris menjelang peperiksaan. Dengan pendekatan interaktif serta penggunaan bahan bantu pembelajaran moden seperti video dan kuiz, pelajar bukan sahaja mendapat pendedahan bahasa yang efektif, malah lebih yakin dan bersedia untuk berkomunikasi serta mengekspresikan diri dalam Bahasa Inggeris dengan lebih fasih.

Gambar di sini