mcmc
Laporan Aktiviti

(NADI X Nurture) DiLea : Program Khas – Webinar Motivasi Pelajar Edisi Kedua

Tarikh   : 03 Mei 2025

Masa    : 2.30 – 4.30 PM

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Program ini dianjurkan sebagai sebahagian daripada inisiatif khas DiLea untuk memberi suntikan semangat dan motivasi kepada pelajar sekolah menengah dalam menghadapi cabaran akademik dan peribadi. Dengan menampilkan Cikgu Azril, seorang perunding hala tuju pendidikan berpengalaman, webinar ini bertujuan membimbing pelajar dalam mengenal pasti potensi diri, menetapkan matlamat yang jelas, serta membina sikap positif terhadap pembelajaran dan masa depan.

Aktiviti

Webinar ini memberi inspirasi kepada pelajar untuk lebih berdisiplin, bersemangat dan fokus dalam mencapai kejayaan. Ia juga membuka ruang kepada pelajar untuk memahami kepentingan perancangan masa depan, meningkatkan kesedaran kendiri, dan membina jati diri yang kuat dalam menghadapi tekanan serta cabaran pembelajaran.

Webinar Motivasi Pelajar Edisi Kedua ini berjaya memberi impak positif kepada peserta, sekali gus menyokong matlamat DiLea dalam melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi, berdaya saing dan bersedia membina masa depan yang lebih cerah melalui pendidikan.

Gambar di sini