Tarikh : 22 Disember 2025
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Objektif program ini adalah untuk mewujudkan pembelajaran Matematik yang menyeronokkan, mengurangkan math anxiety dan membantu pelajar memahami konsep algebra secara visual serta interaktif.
Aktiviti
Program ini telah dilaksanakan melalui sesi pengenalan, perkongsian nota diagramatik, kuiz interaktif dan cabaran mini yang melibatkan penglibatan aktif pelajar. Melalui pendekatan santai dan bimbingan berperingkat, pelajar menunjukkan peningkatan keyakinan serta kefahaman terhadap konsep asas algebra. Diharapkan program ini memberi pengalaman pembelajaran yang positif dan menggalakkan minat pelajar terhadap Matematik secara berterusan.