mcmc
Laporan Aktiviti

(NADI X Nuture) DiLea : English Proficiency – Pelajar Tingkatan 4 & 5 (Siri 4)

Tarikh   : 18 April 2025

Masa    : 3.00 – 4.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Program ini memberi fokus kepada pengukuhan kemahiran asas seperti pemahaman, penulisan, pertuturan dan tatabahasa serta untuk persediaan menghadapi peperiksaan SPM. Melalui pendekatan interaktif dan latihan yang disasarkan, siri ini membantu pelajar membina keyakinan dalam penggunaan Bahasa Inggeris secara lebih berkesan dalam konteks akademik dan kehidupan harian. Selain itu, ia juga berperanan sebagai platform sokongan tambahan untuk pelajar meningkatkan prestasi mereka dalam subjek Bahasa Inggeris melalui aktiviti yang menyeronokkan dan bermakna.

Aktiviti

Merupakan kesinambungan usaha memperkasakan kemahiran bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah menengah melalui pendekatan dalam talian. Siri keempat ini memberi tumpuan kepada peningkatan kecekapan berkomunikasi secara lisan dan bertulis, dengan penekanan kepada sebutan, kosa kata dan struktur ayat yang betul. Melalui sesi interaktif serta bimbingan langsung daripada mentor, peserta berpeluang mempraktikkan penggunaan bahasa Inggeris dalam situasi harian dan akademik. Program ini bukan sahaja membantu pelajar membuat persediaan menghadapi peperiksaan, malah membina keyakinan diri untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dengan lebih fasih dan berkesan.

Gambar di sini