Tarikh : 16 Jun 2025
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Program ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam subjek Bahasa Melayu melalui pengajaran yang berfokus kepada topik-topik penting, teknik menjawab soalan serta pemahaman mendalam terhadap kehendak soalan peperiksaan.
Aktiviti
Sesi ini disampaikan secara interaktif dan mudah difahami, membolehkan pelajar bertanya soalan secara langsung serta melibatkan diri dalam perbincangan yang bermanfaat. Inisiatif ini bukan sahaja membantu pelajar lebih yakin menghadapi peperiksaan, malah memberikan peluang pembelajaran tambahan secara percuma dalam suasana santai dan menyeronokkan. Terima kasih kepada semua yang menyertai, semoga ilmu yang diperoleh memberi manfaat berpanjangan!