mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Nuture : (Dilea) – Open Live Class Kelas 4 Bahasa Inggeris

Tarikh   : 13 Jun 2025

Masa    : 3.30 – 4.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Kelas ini diadakan bagi membantu pelajar meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, terutamanya dalam aspek penulisan, pemahaman, serta kemahiran komunikasi, elemen penting dalam persediaan menghadapi peperiksaan SPM.

Aktiviti

Melalui sesi langsung yang dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman, pelajar bukan sahaja mendapat pencerahan tentang struktur ayat dan teknik menjawab soalan dengan berkesan, malah didedahkan kepada latihan-latihan praktikal yang disesuaikan dengan silibus semasa.

Kelas ini turut memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya soalan secara terus, berinteraksi dengan rakan sebaya dan membina keyakinan dalam penggunaan Bahasa Inggeris dalam situasi sebenar. Pendekatan yang mesra, mudah difahami dan disampaikan secara santai namun berimpak menjadikan sesi ini sebagai satu pengalaman pembelajaran yang bermakna.

Gambar di sini