Tarikh : 17 Jun 2025
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memperkukuh pemahaman pelajar terhadap subjek Sejarah melalui pendekatan pengajaran yang lebih fokus, interaktif dan selari dengan format peperiksaan semasa.
Aktiviti
Sepanjang sesi, pelajar diberi pencerahan mengenai teknik menjawab soalan struktur dan esei, pemahaman kronologi peristiwa penting serta cara mengaitkan fakta sejarah dengan konteks kehidupan sebenar. Program ini bukan sahaja membantu pelajar membuat persediaan rapi untuk peperiksaan, malah memupuk minat yang lebih mendalam terhadap sejarah negara. Terima kasih atas penyertaan semua, semoga ilmu yang dikongsikan memberi impak positif dalam perjalanan akademik anda!