Tarikh : 07 – 11 September 2025
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Objektifnya adalah untuk membantu pelajar meningkatkan penguasaan dalam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Aktiviti
Melalui kelas secara langsung ini, para pelajar bukan sahaja berpeluang memahami topik penting dengan lebih jelas, malah dapat berinteraksi terus bersama guru untuk bertanya soalan dan mengukuhkan kefahaman. Inisiatif ini memberi kelebihan kepada peserta untuk membuat persediaan lebih baik menghadapi peperiksaan serta menambah keyakinan dalam pembelajaran.