mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Nuture : (DiLea) Program Guidance Tuition (Form 4 | Oktober)

Tarikh   : 06-09 Oktober 2025

Masa    : 3.30 – 4.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Bertujuan ntuk membantu pelajar Tingkatan 4 meningkatkan kefahaman dalam subjek teras melalui sesi bimbingan berstruktur, memberi penekanan terhadap teknik menjawab soalan, serta mempersiapkan mereka menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin dan berkesan.

Aktiviti

Bagi subjek Sejarah, pelajar didedahkan dengan penerangan terperinci bagi setiap topik penting, teknik menjawab soalan secara berfokus serta perkongsian nota ringkas yang mudah difahami. Melalui pendekatan ini, pelajar berpeluang memperkukuh kefahaman, menguasai isi kandungan utama dan meningkatkan keyakinan dalam menjawab soalan peperiksaan. Untuk subjek Bahasa Inggeris, sesi bimbingan memberi tumpuan kepada aspek tatabahasa, pemahaman, dan penulisan. Pelajar turut dibimbing dengan strategi menjawab soalan yang lebih berkesan serta kaedah pembelajaran yang praktikal bagi memperbaiki kemahiran komunikasi dan penulisan dalam Bahasa Inggeris. Program ini menjadi platform penting dalam menyokong usaha pelajar Tingkatan 4 mencapai kecemerlangan akademik melalui pendekatan pembelajaran yang sistematik dan terarah.

Gambar di sini