Tarikh : 18 Oktober 2025
Masa : 2.15 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Telah dilaksanakan dengan objektif untuk membantu pelajar Tingkatan 5 membuat persediaan rapi menghadapi peperiksaan SPM. Program ini turut bertujuan memperkukuh kefahaman pelajar terhadap konsep utama dalam mata pelajaran Sejarah dan Matematik melalui pendekatan pembelajaran berfokus dan berstrategi.
Aktiviti
Sepanjang sesi berlangsung, pelajar didedahkan dengan penerangan terperinci mengenai topik penting, teknik menjawab soalan berasaskan format SPM serta latihan penyelesaian masalah secara langkah demi langkah. Melalui sesi bimbingan ini, pelajar berpeluang memperbaiki kelemahan, mengukuhkan penguasaan konsep, dan meningkatkan keyakinan diri ketika menjawab soalan peperiksaan.