Tarikh : 24 Jun 2025
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Program ini memberi tumpuan kepada aspek penting dalam penulisan, pemahaman, dan penggunaan bahasa yang efektif, sejajar dengan kehendak kurikulum dan keperluan peperiksaan.
Aktiviti
Sepanjang sesi, peserta bukan sahaja dapat memantapkan kemahiran tatabahasa dan kosa kata, malah berpeluang untuk berinteraksi secara langsung dengan guru berpengalaman yang membimbing mereka dengan teknik dan strategi menjawab soalan secara berkesan. Kelebihan program ini termasuk pembelajaran yang fleksibel, mudah diakses dari mana-mana lokasi, serta suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan memberi keyakinan kepada pelajar untuk menggunakan Bahasa Inggeris dengan lebih yakin.