Tarikh : 07 April 2026
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Objektifnya adalah untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam kemahiran Bahasa Inggeris merangkumi aspek tatabahasa dan penulisan secara lebih tersusun dan berkesan.
Aktiviti
Program ini diadakan untuk memberi tumpuan kepada pelajar Form 2 dengan topik Modal Verbs (can, could, may, must, should), pelajar Form 3 dengan Past Perfect Tense, serta pelajar Form 5 dalam Guided Writing (Essay). Pengisian program merangkumi penerangan konsep, contoh penggunaan dalam ayat, serta latihan praktikal bagi membantu pelajar memahami dan mengaplikasikan kemahiran bahasa dengan lebih tepat. Melalui sesi ini, peserta berpeluang menambah pengetahuan, memperbaiki kesalahan bahasa, serta meningkatkan keyakinan dalam penulisan dan komunikasi Bahasa Inggeris secara lebih jelas, tersusun dan berkualiti.