Tarikh : 24 Februari 2026
Masa : 2.45 – 3.45 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Objektifnya adalah untuk meningkatkan kemahiran penulisan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar melalui penguasaan teknik menulis esei dan emel yang betul serta berkesan.
Aktiviti
Program ini telah berlangsung dengan memberi tumpuan kepada pelajar Form 2 dengan pengisian berkaitan struktur penulisan esei, penggunaan bahasa yang sesuai, serta format dan gaya penulisan emel yang tepat. Melalui penerangan konsep, contoh penulisan, dan latihan praktikal secara langsung, peserta berpeluang menambah kefahaman, memperbaiki kesalahan penulisan, serta meningkatkan keyakinan dalam menghasilkan penulisan Bahasa Inggeris yang lebih tersusun, jelas, dan berkualiti.