Tarikh : 04 November 2025
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Program ini bertujuan membantu pelajar Tingkatan 1 hingga 4 membuat persediaan akhir bagi menghadapi peperiksaan masing-masing dengan lebih yakin dan teratur. Ia juga bertujuan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap struktur soalan serta teknik menjawab dengan lebih berkesan.
Aktiviti
Bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 3, sesi memberi tumpuan kepada latihan dan perbincangan soalan UASA, manakala bagi Tingkatan 4, pengisian menekankan perbincangan kertas ujian percubaan SPM 2025. Sepanjang sesi berlangsung, pelajar dibimbing melalui penerangan berfokus, perkongsian strategi menjawab dan penambahbaikan terhadap kelemahan umum dalam penulisan serta kefahaman bahasa.