Tarikh : 21 Oktober 2025
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Program ini bertujuan membantu pelajar Tingkatan 1 hingga 4 meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris melalui sesi pembelajaran secara dalam talian yang interaktif dan mudah difahami. Sepanjang kelas berlangsung, pelajar diberi penerangan tentang struktur ayat, kosa kata serta latihan pemahaman bagi memperkukuh kemahiran menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Aktiviti
Inisiatif ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada teknik pembelajaran berkesan, malah membantu pelajar membina keyakinan diri dalam penggunaan Bahasa Inggeris dalam situasi harian dan peperiksaan.