Tarikh : 24 Julai 2025
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Objektif utama program ini adalah untuk membantu calon SPM memahami struktur dan teknik menjawab soalan bahagian penulisan dengan lebih berkesan, khususnya format penulisan emel rasmi dan tidak rasmi.
Aktiviti
Sepanjang sesi, peserta telah didedahkan kepada contoh soalan percubaan sebenar, teknik menjawab secara berstrategi, serta tips untuk memperoleh markah maksimum. Sesi ini turut memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya soalan secara langsung dan memperkukuh kefahaman mereka dalam suasana yang interaktif dan santai.