Tarikh : 03 Julai 2025
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Program NADI X Nuture: (DiLea) – Open Live Class Bahasa Melayu yang telah berlangsung berjaya mencapai matlamat utamanya iaitu untuk membantu pelajar memahami format markah bagi penulisan karangan, merangkumi aspek pendahuluan, isi tersurat, kesimpulan dan penggunaan bahasa.
Aktiviti
Sepanjang sesi ini, peserta diberi pencerahan secara terperinci tentang bagaimana setiap komponen dinilai serta teknik menulis dengan lebih fokus dan berstrategi. Program ini bukan sahaja memberi pendedahan awal kepada format penilaian sebenar, malah turut membantu pelajar meningkatkan keyakinan dalam menghasilkan karangan yang mantap dan menepati kehendak soalan.