Tarikh : 18 Disember 2025
Masa : 3.30 – 4.30pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Diadakan bertujuan untuk memperkukuh penguasaan tatabahasa dalam kalangan pelajar melalui sesi ulang kaji yang berfokus dan tersusun. Ia juga bertujuan untuk membantu pelajar memahami penggunaan bahasa yang tepat, membina struktur ayat yang betul serta meningkatkan keyakinan dalam penulisan dan komunikasi seharian.
Aktiviti
Sepanjang program berlangsung, peserta didedahkan kepada penerangan konsep tatabahasa, latihan pengukuhan serta perbincangan kesalahan lazim yang sering dilakukan oleh pelajar. Pendekatan bimbingan secara langsung ini memberi kelebihan kepada peserta untuk mengenal pasti kelemahan, memperbaiki kefahaman dan mengaplikasikan tatabahasa dengan lebih berkesan.