Tarikh : 09 Oktober 2025
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Bertujuan untuk memperkukuh asas tatabahasa dan penulisan, meningkatkan kefahaman terhadap format soalan peperiksaan, serta membina keyakinan pelajar dalam menjawab soalan dengan tepat dan berkesan.
Aktiviti
Bagi pelajar Tingkatan 1–3, sesi memberi fokus kepada ulangkaji asas Kertas 1 (Bahagian A) iaitu memperhalusi teknik penulisan dan cara mengembangkan idea. Sementara itu, pelajar Tingkatan 4 didedahkan kepada format Kertas 2 (Bahagian A) yang menekankan topik Sistem dan Aplikasi Bahasa, sebagai persediaan rapi ke arah peperiksaan SPM.