Tarikh : 04 September 2025
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan bimbingan tambahan dalam penguasaan Bahasa Melayu khususnya menghadapi peperiksaan. Pelajar Tingkatan 1 hingga 3 diberi tumpuan kepada ulangkaji UASA – Karangan Pendek, manakala pelajar Tingkatan 4 pula didedahkan dengan SPM Format Kertas 2, Bahagian C (Rumusan) yang merupakan komponen penting dalam peperiksaan SPM.
Aktiviti
Sepanjang sesi ini, para pelajar bukan sahaja mendapat panduan tentang teknik penulisan yang betul dan langkah menjawab soalan dengan lebih tersusun, malah berpeluang mengasah kemahiran secara praktikal. Sesi interaktif bersama guru bimbingan turut membantu meningkatkan kefahaman, keyakinan diri, serta memberi peluang untuk bertanya soalan secara terus.