Tarikh : 22 Januari 2026
Masa : 3.30 – 4.30pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Objektifnya adalah untuk meningkatkan penguasaan peserta terhadap aspek tatabahasa Bahasa Melayu secara berperingkat dan sistematik selaras dengan tahap pembelajaran masing-masing.
Aktiviti
Program telah dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada penguasaan Kata Adjektif bagi pelajar Form 2, Kata Kerja bagi pelajar Form 3, dan Kata Perintah bagi pelajar Form 5. Pengisian program merangkumi penerangan konsep, contoh penggunaan dalam ayat, serta latihan pengukuhan secara interaktif bagi membantu peserta memahami dan mengaplikasikan tatabahasa dengan lebih tepat. Melalui pelaksanaan program ini, peserta berpeluang menambah kefahaman, memperbaiki kesalahan bahasa, serta meningkatkan keyakinan dalam penggunaan Bahasa Melayu sama ada dalam penulisan mahupun komunikasi harian.