Tarikh : 06 April 2026
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektifnya adalah untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap topik Matematik melalui pembelajaran yang berfokus dan selaras dengan silibus semasa.
Aktiviti
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi tumpuan kepada pelajar Tingkatan 2 dengan topik Bulatan dan Bentuk Geometri Tiga Dimensi, serta pelajar Tingkatan 5 dengan topik Kekongruenan, Pembesaran dan Gabungan Transformasi serta Nisbah dan Graf Fungsi Trigonometri. Pengisian program merangkumi penerangan konsep, penyelesaian contoh soalan, serta latihan pengukuhan bagi membantu pelajar memahami topik dengan lebih mendalam. Melalui sesi ini, peserta berpeluang menambah pengetahuan, mengukuhkan kemahiran penyelesaian masalah, serta meningkatkan keyakinan dalam menghadapi pembelajaran dan peperiksaan Matematik secara lebih berkesan.