Tarikh : 17 November 2025
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Program ini bertujuan membantu pelajar Tingkatan 1 hingga 3 membuat persediaan rapi menghadapi peperiksaan dengan memberi fokus kepada latihan berasaskan kertas ujian UASA.
Aktiviti
Melalui sesi bimbingan secara langsung, pelajar didedahkan kepada format soalan, teknik penyelesaian yang lebih sistematik serta cara menjawab dengan tepat dan efisien. Sepanjang sesi, pelajar berpeluang memahami topik penting yang sering diuji, menyelesaikan soalan latihan secara berstruktur, serta mendapatkan penerangan terus daripada tutor untuk meningkatkan penguasaan konsep Matematik.