Tarikh : 01 Disember 2025
Masa : 3.30 – 4.30pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap topik-topik penting Matematik, mengukuhkan penguasaan asas pengiraan serta membimbing mereka menggunakan teknik penyelesaian yang lebih tepat dan efisien.
Aktiviti
Sesi ini memberi pendedahan yang lebih tersusun dan jelas terhadap konsep asas serta kemahiran menyelesaikan masalah matematik mengikut tahap pembelajaran masing-masing. Bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 3, sesi memberi tumpuan kepada latihan berstruktur berdasarkan format soalan peperiksaan akhir tahun. Manakala untuk Tingkatan 4, tumpuan diberikan kepada pengukuhan konsep penting sebagai persediaan awal menjelang SPM.