mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Nuture : (DiLea) Program Open Live Class Matematik | Januari 2026

Tarikh   : 19 Januari 2026

Masa    : 3.30 – 4.30pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Objektifnya adalah untuk membantu pelajar mengukuhkan kefahaman Matematik secara berperingkat mengikut silibus dan tahap pembelajaran masing-masing melalui pendekatan kelas langsung yang tersusun dan mudah difahami.

Aktiviti

Program ini telah dilaksanakan dengan pengisian berfokus kepada Bab 2 bagi setiap tingkatan, iaitu Pemfaktoran dan Pecahan Algebra untuk Tingkatan 2, Bentuk Piawai bagi Tingkatan 3, Asas Nombor bagi Tingkatan 4, serta Matriks bagi Tingkatan 5. Sepanjang sesi, pelajar dibimbing melalui penerangan langkah demi langkah, contoh soalan dan perbincangan konsep penting bagi membantu penguasaan topik secara menyeluruh. Melalui program ini, pelajar dapat meningkatkan kefahaman, keyakinan serta kemahiran menyelesaikan soalan Matematik sebagai persediaan menghadapi pembelajaran dan peperiksaan.

Gambar di sini