Tarikh : 08 Julai 2025
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Objektif utama program ini adalah untuk memperkukuh kefahaman pelajar terhadap topik “Bulatan”, yang sering menjadi antara komponen penting dalam peperiksaan Matematik SPM.
Aktiviti
Sepanjang sesi, peserta telah didedahkan kepada teknik penyelesaian soalan secara langkah demi langkah, strategi menjawab soalan KBAT, serta tip berguna untuk menjimatkan masa semasa peperiksaan. Pendekatan pengajaran yang mesra dan mudah difahami berjaya menarik minat serta meningkatkan keyakinan peserta dalam menghadapi topik ini.