mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Nuture : (DiLea) Program Open Live Class Sains | Februari 2026

Tarikh   : 12 Februari 2026

Masa    : 3.30 – 4.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Objektifnya adalah untuk membantu pelajar memahami topik Sains dengan lebih jelas, tersusun dan berfokus melalui pembelajaran secara langsung yang interaktif dan mudah diikuti.

Aktiviti

Program ini telah dilaksanakan dengan pengisian merangkumi beberapa topik terpilih mengikut silibus, antaranya Koordinasi dan Gerak Balas, Nutrisi, Pengangkutan, Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam, serta Kelestarian Alam Sekitar. Sepanjang sesi, pelajar dibimbing melalui penerangan konsep secara langkah demi langkah, perbincangan contoh situasi sebenar serta pengukuhan idea utama bagi setiap topik. Melalui program ini, pelajar dapat meningkatkan kefahaman terhadap konsep Sains, mengaitkan pembelajaran dengan kehidupan harian, serta membina keyakinan untuk menghadapi pembelajaran dan peperiksaan dengan lebih bersedia.

Gambar di sini